Wednesday, February 3, 2010

seminar MWTAI 2010: Pergolakan Minda Umat Islam


Assalaamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh,

Seminar M.W.T.I kini kembali lagi kali ini dengan Tajuk "Pergolakan Minda Umat Islam" - menyentuh tentang hal-hal berkenaan Muslim Liberal, pengaruh pembaratan dan Media Massa.


"Dewasa ini kita dapati masyarakat Islam kian dihadapkan pelbagai gejala merbahaya yang mengancam aqidah dan juga moral. Jika suatu masa dahulu ancaman ajaran sesat pernah menjadi kekhuatiran, kini, tidak kurang dari bahaya serupa, kemunculan aliran-aliran fahaman baru seperti Islam Liberal menggugat kesucian agama kita.

Pada sudut yang lain pula, keruntuhan moral khususnya di kalangan muda-mudi Islam hari ini kian membimbangkan. Tren-tren barat dan pengaruh media massa kian berleluasa dan mendarah-daging dalam kehidupan seharian kita. Penjajahan jiwa dan minda Umat Islam semakin parah dan berleluasa.

Sejauh mana tahap kesedaran kita terhadap berbagai fenomena yang mengasak hari ini? Apakah perisai kita untuk melindungi diri, keluarga dan masyarakat daripada ancaman-ancaman sedemikian?

Sama-samalah kita ikuti seminar ini untuk mengupas isu-isu semasa yang melanda Umat akhir zaman ini!"


Ayuh tunggu apa lagi?! Untuk maklumat lanjut sila muatturun poster dan borang penyertaan.
Segala pertanyaan boleh diajukan kepada saudari Raihana di talian 6741 0131.

Terima Kasih.

p/s: harap dapat sebarkan informasi tentang seminar ini kepada teman-teman yang lain. syukran, jazaakumullah :)


Nur Nadiah Md Hasim
Unit Administrasi
Seminar MWTI 2010
91870424

No comments: